Tahukah anda mengenai komplikasi rawatan tukang gigi jalanan??? Rawatan daripada tukang gigi jalanan sebenarnya membawa risiko yang besar yang boleh memudaratkan. antara komplikasi tatacara rawatan yang salah akan menyumbang kepada masalah kesihatan seperti – 1. Penyakit AIDS and hepatitis B, jangkitan kuman pada kawasan terlibat menyebabkan pembengkakan dan bernanah; 2. Kecacatan saraf kekal – seperti rasa kebas dan hilang deria rasa atau sensasi pada rahang bawah 3. Kecederaan kepada tulang rahang, gigi, bibir dan dagu 4. Gagal mengenalpasti keadaan mulut yang tidak normal seperti mengenalpasti kanser mulut