Gigi Sarung / Crown





Gigi sarung atau dipanggil "crown" adalah sarung atau "cap" berbentuk gigi asal yang diletakkan pada gigi bagi melitupi permukaan gigi untuk mengembalikan rupa bentuk asal gigi di samping menguatkan struktur gigi tersebut serta menjadikan rupa gigi yang lebih cantik.

"Crown" disimen pada gigi meliputi keseluruhan permukaan gigi yang berkenaan pada atau di atas garis gusi. Proses rawatan melibatkan dua kali lawatan di mana lawatan pertama melibatkan pemeriksaan keadaan gigi seterusnya persiapan pada gigi iaitu pengubahsuaian bentuk gigi agar "crown" dapat dipasang menyerupai saiz asal gigi. Lawatan ini juga melibatkan pengambilan acuan atau impresi. Pesakit akan dipakaikan "crown" sementara sebelum datang semula untuk lawatan kedua di mana "crown" telah siap dan boleh disimen secara kekal pada gigi tersebut








Kes yang bagaimana sesuai dipakaikan "Crown"?

1. Untuk melindungi gigi yang lemah daripada pecah (disebabkan karies atau gigi berlubang) dan memegang
    gigi yang retak (selagi keretakan tidak berlanjutan ke akar gigi)
2. Untuk mengembalikan rupa bentuk gigi yang rosak atau haus
3. Untuk meliputi dan menyokong gigi bertampalan besar
4. Untuk memegang gigi jambatan / "bridge"
5. Untuk menutupi gigi yang berubah warna atau tidak elok
6. Untuk menutupi implan gigi
7. Sebagai modifikasi kosmetik

Prosedur pembuatan crown
1. Pada kunjungan pertama
- gigi yang akan di crown akan diasah, sebelum impresion dilakukan (dengan bahan yang digunakan untuk impresion crown) untuk mendapatkan acuan didalam mulut (mold model). Kemudian Mold model ini akan dihantar ke lab untuk proses pembuatan crown. Ia biasanya memakan waktu kurang dari seminggu. Dalam proses penantian untuk crown kekal, biasanya Doc akan menutup gigi yang sudah diasah dengan crown sementara. Hal ini dilakukan untuk melindungi gigi tersebut dan juga mempertahankan gigi - gigi yang ada disebelah agar tidak bergerak ke kawasan yang dipersiapkan untuk pemasangan crown kekal.


2. Pada kunjungan kedua
- Sebelum proses pemasangan crown kekal, crown tersebut dicuba di dalam mulut bagi memastikan crown benar-benar sesuai yang seperti keadaan gigi sebelumnya. Apabila crown sudah dimuatkan, pemeriksaan akan dilakukan bagi memeriksa keadaan gigi dan crown, melalui X-ray. Crown dan susunan gigi harus sekata dan tidap boleh mempunyai halangan atau ruang diantaranya. Setelah berpuas hati dengan susunan crown melalui x-ray,crown akan diperiksa menggunakan  dental floss dan keadaan gigitan jika mengganjal sebelum dilakukan proses pemasangan secara kekal

Berikut adalah beberapa cara penjagaan sarung gigi / crown yang perlukan dilakukan oleh pesakit di rumah;
1. Memberus gigi dengan cara yang betul tiga kali sehari
2. Menggunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi terutamanya pada sarung gigi / crown
3. Crown tetap memerlukan pembersihan tambahan di bawah gigi palsu (pontic).
4. Menggunakan berus interdental untuk menggantikan superflos jika ruang antara gigi besar atau ruang dibawah gigi palsu(pontic) tampalan jambatan
5. Elakkan daripada menggigit benda atau makanan yang terlalu keras seperti ketulan ais menggunakan gigi yang ditampal dengan korona atau jambatan kerana ia boleh menyebabkan keretakan pada lapisan luar porselin. Perubahan suhu yang melampau juga akan meningkatkan potensi keretakan lapisan porselin dan gigi asli.
6. Pemeriksaan gigi dilakukan di klinik pergigian secara berkala setiap enam bulan.

Lawati www.mydentalcare.com.my atau talian hotline kami 018-3739252 untuk sebarang pertanyaan


Comments

Popular posts from this blog

KLINIK GIGI PATUH SYARIAH..

My dental Care Cawangan Shah alam