PENJAGAAN GIGI BAGI YANG MEMAKAI PENDAKAP GIGI

ASSALAMUALAIKUM semua :)
Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya.
Bagi yang memakai pendakap gigi, here are the some tips just for you..
Hope you can apply it in your daily life :D
Pemakaian pendakap gigi (braces) bertujuan untuk rawatan masalah gigi. Pendakap gigi boleh menyebabkan makanan mudah terlekat pada gigi. Gusi akan mudah berdarah dan gigi anda akan rosak sekiranya penjagaan kebersihan mulut tidak di beri lebih perhatian.
Bagi membersihkan mulut dan gigi untuk yang memakai pendakap gigi ialah :
  • Pegang berus gigi dalam keadaan yang lurus
  • Berus di bahagian luar gigi terlebih dahulu
  • Posisikan berus gigi pada sudut 45 darjah untuk memberus di antara gigi dan pendakap gigi anda. Berus gigi anda secara lembut dan perlahan di bahagian atas dan bawah pendakap gigi
  • Seterusnya pegang berus gigi secara mendatar dan  beruskan keluar dan ke dalam untuk permukaan  mengunyah
  • Gunakan teknik yang sama untuk permukaan dalam gigi yang lain
  • Gunalah berus gigi Interdental untuk memberus di celah-celah pendakap gigi anda
  • Flos dengan hujung yang keras dan berkumur dengan bahan kumuran yang di syorkan
Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari atau sebaik-baiknya setiap kali selepas anda makan.
Setakat ini sahaja untuk entry kali ni..kita berjumpa lagi di kemudian hari..
In Shaa ALLAH :D

Comments

Popular posts from this blog

KLINIK GIGI PATUH SYARIAH..

My dental Care Cawangan Shah alam